Monday, 25 June 2012

LUAHAN HATI


Ustazah : Kenapa kalimah الرّجل iaitu  lelaki sama dengan kalimah الرّجل iaitu kaki cuma  bunyi sebutan saja yang lain ?
       
Pelajar   : Sebab lelaki ni kuat merayau ustazah !

Ustazah : Betul , tapi dari segi hikmahnya , lelaki ataupun suami dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya keluar mencari nafkah untuk keluarganya . Ustazah nak tanya lagi satu soalan , kenapa pula kalimah الامرأة iaitu perempuan sama dengan kalimah المرآة iaitu cermin ?

Pelajar   : Sebab perempuan suka Make up !

Ustazah : Betul , tapi hikmahnya , perempuan ataupun isteri adalah menjadi cermin kepada lelaki ataupun suami . Jika soleh suaminya , maka isterinya juga solehah . Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya .

 Pelajar  : Terima kasih ustazah .

Ustazah : Sama-sama


Akhir zaman , mencari yang soleh dan solehah itu diibaratkan mencari seekor burung gagak berwarna putih . Mencari yang soleh dan solehah adalah supaya saling membimbing , melengkapi antara satu sama lain . Cantik ke tak cantik , kacak ke tak kacak adalah bukan persoalannya . Bak kata Ustaz Azhar Idrus " carilah pasangan hidup kamu yang soleh dan solehah , yang elok akhlaknya , yang sangat menjaga maruah dirinya . Tak comel boleh tutup lampu , tak jadi masalah ."
         

Friday, 22 June 2012

PERKONGSIAN BERSAMA

Bulan Menerangi Malam  ,  Ilmu Menerangi Kehidupan ...

Indahnya malam tatkala dihiasi Bulan,,,begitu jugalah kehidupan yang diterangi Ilmu bermanfaat sungguh indah...Belajar di Institut Pengajian mana bukanlah persoalannya,,,yang penting adalah tanggungjawab kita sebagai mukmin wajib menuntut Ilmu,,,

Jika ALLAH telah letak kita disuatu landasan ,,,maka teruskanlah walaupun berat rasa hati untuk meneruskannya...Kerana,,,tidak semestinya apa yang kita suka itu adalah yang terbaik untuk kita..Sesungguhnya..ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG