Ustazah : Kenapa kalimah الرّجل iaitu lelaki sama dengan kalimah الرّجل iaitu kaki cuma bunyi sebutan saja yang lain ? Pelajar : Sebab lelaki ni kuat merayau ustazah !
Ustazah : Betul , tapi dari segi hikmahnya , lelaki ataupun suami dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya keluar mencari nafkah untuk keluarganya . Ustazah nak tanya lagi satu soalan , kenapa pula kalimah الامرأة iaitu perempuan sama dengan kalimah المرآة iaitu cermin ?
Pelajar : Sebab perempuan suka Make up !
Ustazah : Betul , tapi hikmahnya , perempuan ataupun isteri adalah menjadi cermin kepada lelaki ataupun suami . Jika soleh suaminya , maka isterinya juga solehah . Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya .
Pelajar : Terima kasih ustazah .
Ustazah : Sama-sama
Akhir zaman , mencari yang soleh dan solehah itu diibaratkan mencari seekor burung gagak berwarna putih . Mencari yang soleh dan solehah adalah supaya saling membimbing , melengkapi antara satu sama lain . Cantik ke tak cantik , kacak ke tak kacak adalah bukan persoalannya . Bak kata Ustaz Azhar Idrus " carilah pasangan hidup kamu yang soleh dan solehah , yang elok akhlaknya , yang sangat menjaga maruah dirinya . Tak comel boleh tutup lampu , tak jadi masalah ."
wa jai...lu kini tdo x brslimut...
ReplyDeleteletak chatbox...
hahaha..nik bla la ko..mkn pky straw kang..
Deleteter dieeeee...........
ReplyDelete