Monday, 25 June 2012

LUAHAN HATI


Ustazah : Kenapa kalimah الرّجل iaitu  lelaki sama dengan kalimah الرّجل iaitu kaki cuma  bunyi sebutan saja yang lain ?
       
Pelajar   : Sebab lelaki ni kuat merayau ustazah !

Ustazah : Betul , tapi dari segi hikmahnya , lelaki ataupun suami dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya keluar mencari nafkah untuk keluarganya . Ustazah nak tanya lagi satu soalan , kenapa pula kalimah الامرأة iaitu perempuan sama dengan kalimah المرآة iaitu cermin ?

Pelajar   : Sebab perempuan suka Make up !

Ustazah : Betul , tapi hikmahnya , perempuan ataupun isteri adalah menjadi cermin kepada lelaki ataupun suami . Jika soleh suaminya , maka isterinya juga solehah . Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya .

 Pelajar  : Terima kasih ustazah .

Ustazah : Sama-sama


Akhir zaman , mencari yang soleh dan solehah itu diibaratkan mencari seekor burung gagak berwarna putih . Mencari yang soleh dan solehah adalah supaya saling membimbing , melengkapi antara satu sama lain . Cantik ke tak cantik , kacak ke tak kacak adalah bukan persoalannya . Bak kata Ustaz Azhar Idrus " carilah pasangan hidup kamu yang soleh dan solehah , yang elok akhlaknya , yang sangat menjaga maruah dirinya . Tak comel boleh tutup lampu , tak jadi masalah ."
         

3 comments: