Sedar tak sedar , dah berlalu pun sem 1 di UM nilam puri ni . Harap apa yang dipelajari di sem 1 yang lepas ingat sampai bile-bile .
Jadi , bermulalah sem 2 . Sahabat aku ada cakap " perkara yang lepas jangan dikenang-kenangkan lagi , apa yang berlaku sebelum ni ambil iktibar dan jika boleh di jadikan teladan dalam kehidupan , KITA BUKA YANG BARU " .
Nak di jadikan cerita , bila sampai je kt UM nilam puri ni dapat tahu dari ustaz yang sem ni ada rombakan bilik . Pergh , selalunye sebelum-sebelum ni time sem 3 nanti baru tukar bilik . Dengar pulak tiap-tiap sem kena tukar bilik .Aduyai , penat la macam ni . Jadi , ahad tu aku tukar bilik .Dari bilik tingkat satu pergi ke bilik tingkat tiga . Bukan main letih lagi angkut barang-barang . Roomate sebelum ni orang ganu , tapi tak ada lah pekat sangat ganu dia , bolehlah cakap luar . Roomate baru ni pulak , dapat orang kelantan . Bukan nak kata apa lah kan , pekat kot dia punya cakap kelantan . Aduyai , susah lah aku macam ni , kecek klate la kawe lepah ni boh . Petang ahad tu dapat call dari mama . Mama dah tanya result sem 1 da keluar ke belum , aku cakap lah belum mungkin isnin keluar kot . Petang isnin tu result pun keluar , Alhamdulillah 3.50 pointer , walaupun ramai kawan-kawan aku yang dapat 4.0 . Rasa iri hati juga bila tengok result kawan-kawan hebat-hebat , tapi nak buat macam mana kan , semua ni ada hikmahnya .
Sem 2 ni ada math , aduyai susah kot , lemah betul lah dengan math ni . Mama ada cakap kalau nak dapat biasiswa , purat CGPA untuk 4 sem kena 3.7 ke atas . Tak sanggup la nak susah kan keluarga lagi . Jadi , aku kena lah usaha lebih untuk dapatkan biasiswa tu . Apa pun yang terjadi , hidup mesti diteruskan .
********************************
insyaAllah , lepas ni aku akan update blog ni lagi
Hadirnya tanpa ku sedari , Menggamit kasih cinta bersemi , Hadir cinta insan pada ku ini , Anugerah kurniaan Ilahi . Lembut tutur bicaranya , Menarik hati ku untuk mendekatinya , Kesopanannya memikat di hati ,
Mendamaikan jiwa ku yang resah ini .
Ya Allah ,
Jika dia benar untuk ku ,
Dekatkanlah hatinya dengan hati ku ,
Jika dia bukan milik ku ,
Damaikanlah hati ku ,
Dengan ketentuan-Mu .
Dialah permata yang dicari ,
Selama ini baru ku temui ,
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi ,
Apakah dia kan ku miliki ,
Tidak sekali dinodai nafsu ,
Akan ku batasi dengan syariat-Mu ,
Jika dirinya bukan untuk ku ,
Redha hati ku dengan ketentuan-Mu .
Ya Allah ,
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku ,
Ku harap diri ku sentiasa di bawah rahmat-Mu .
Dikhabarkan bahawa Hawa dijadikan dari Adam 'alaihissalam saat Adam dalam keadaan tidur .
Persoalannya , MENGAPA ?
Dikatakan bahawa jike seorang lelaki itu kesakitan , maka die akan membenci . Tetapi sebaliknya bagi wanita jike dia kesakitan , maka bertambah kasih dan sayanglah dia .
Seandainya Hawa dijadikan dari Adam 'alaihissalam saat Adam berjaga , pasti Adam merasa sakit saat keluar Hawa dari sulbinya , maka bencilah Adam akan Hawa . Akan tetapi Hawa dijadikan dari Adam saat Adam sedang tidur supaya Adam tidak merasa sakit .
Lumrahnya , seorang wanita yang melahirkan anak dalam keadaan berjaga walaupun dia tahu mungkin maut menanti , akan tetapi bertambah kasih dan sayangnya seorang ibu itu terhadap anaknya sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anaknya .
Pengajarannya =)
Allah mempunyai sebaik-baik perancangan dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya .
Allah mencipta setiap di dunia berpasangan .
Besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anak yang dilahirkan .
Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah dan berhikmah .
SUAMI : isyh awak ni !!loading betul la . awak pakai Ram bape GB ni ??!!
ISTERI : Ram ?! GB ?! ape awak ni ??!! cakap betul2 la . nanti saye merajuk , susah awak nak pujuk . tau ?!
SUAMI : ni lah die perempuan , pandai tapi , kurang bijak . tak boleh nak pusing2 sikit .
ISTERI : owh , yeke ?! eh3 , awak jangan nak tukar topik ea , awak belum jawab soalan saya lagi .
SUAMI : yela2 . Salleh Yaakob kn isteri die empat . jadi ...
ISTERI : jadi awak nak kawen empat la jugak ye .??!! amboi3 , nak kawen empat pulak die ni . awak jangan nak mengade2 ea .??!! sampai hati awak kan buat saye mcm ni ??!!
SUAMI : alalaaaa . merajuk pulak isteri saye ni . awak jangan merajuk la , saye belum buat lagi pun kan ?! eh , ok ape madu , sedap tau manis pulak tu .
ISTERI : itu madu lebah la awak . madu lebah memang lah manis,sedap . tapi bermadu saye tak nak . bukan manis tau , rase macam kulit ni disiat2 tau ?!
Islam membenarkan seseorang suami beristeri empat orang dengan syarat harus dapat berbuat adil terhadap isteri-isterinye . Permasalahan poligami sering kite dengar . Poligami adalah perkara yang paling tidak diinginkan bagi wanita yang bergelar isteri . Isu poligami pada asalnye tak timbul dalam perbincangan permasalahan Islam tetapi , ustaz ana beritahu , Mustafa Kamal Attartuk yang telah menimbulkan isu poligami ini untuk menunjukkan kekurangan Islam dalam bab munakahat . Ustaz ana beritahu lagi , ade hikmah poligami ni , nilah hikmahnye Allah menjadikan wanita lebih ramai daripada lelaki . Kite sebagai umat Islam , haruslah menjadi seperti sebuah botol air yang penuh dengan air didalamnye , apabile digoncang ia tidak berbunyi .
Al-Kisah :-
ana pernah mendengar sebuah kisah tentang bekas musfti N.9 iaitu Sheikh Haji Mohd Said mempunyai empat orang isteri , isteri pertame pergi melamar isteri yg ke-2 , isteri pertame dan ke-2 pergi melamar isteri ke-3 , isteri pertama,ke-2 dan ke-3 pergi melamar isteri yang ke-4 untuk suaminye . Apabile waktu makan , isteri pertame menyuapkan anak isteri yg ke-3 dan isteri2 yg lain menyuapkan makanan tak mengire anak siape pun . Hebatnye suami dapat mendidik keluarganye sehingge sebegitu rupe .
*****************
ape pendapat korang tentang isu ini ???
kongsi ilmu
kalau ade salah dan silap ana mintak maaf dan antum boleh betulkan dengan tinggalkan komen
Kita selalu membicarakan ciri-ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
Lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan perintah yang Allah tetapkan. Kita sudah sering mendengar lelaki soleh,namun bagaimanakah ciri-cirinya ?
Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami
minat terhadap anda. Jadi si isteri jangan pula mengalihkan pandangan
pula, teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda!
2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk
erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi
isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye.
3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan
berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama.
Memang romantis suami begini!
4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.
5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih
lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat
romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja
dengannya..
Ustazah: Kenapa kalimah الرّجل iaitu lelaki sama dengan kalimah الرّجل iaitu kaki cuma bunyi sebutan saja yang lain ?
Pelajar : Sebab lelaki ni kuat merayau ustazah !
Ustazah: Betul , tapi dari segi hikmahnya , lelaki ataupun suami dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya keluar mencari nafkah untuk keluarganya . Ustazah nak tanya lagi satu soalan , kenapa pula kalimah الامرأة iaitu perempuan sama dengan kalimah المرآة iaitu cermin ?
Pelajar: Sebab perempuan suka Make up !
Ustazah : Betul , tapi hikmahnya , perempuan ataupun isteri adalah menjadi cermin kepada lelaki ataupun suami . Jika soleh suaminya , maka isterinya juga solehah . Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya .
Pelajar : Terima kasih ustazah .
Ustazah : Sama-sama
Akhir zaman , mencari yang soleh dan solehah itu diibaratkan mencari seekor burung gagak berwarna putih . Mencari yang soleh dan solehah adalah supaya saling membimbing , melengkapi antara satu sama lain . Cantik ke tak cantik , kacak ke tak kacak adalah bukan persoalannya . Bak kata Ustaz Azhar Idrus " carilah pasangan hidup kamu yang soleh dan solehah , yang elok akhlaknya , yang sangat menjaga maruah dirinya . Tak comel boleh tutup lampu , tak jadi masalah ."
Bulan Menerangi Malam , Ilmu Menerangi Kehidupan ...
Indahnya malam tatkala dihiasi Bulan,,,begitu jugalah kehidupan yang diterangi Ilmu bermanfaat sungguh indah...Belajar di Institut Pengajian mana bukanlah persoalannya,,,yang penting adalah tanggungjawab kita sebagai mukmin wajib menuntut Ilmu,,,
Jika ALLAH telah letak kita disuatu landasan ,,,maka teruskanlah walaupun berat rasa hati untuk meneruskannya...Kerana,,,tidak semestinya apa yang kita suka itu adalah yang terbaik untuk kita..Sesungguhnya..ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG