Saturday, 4 August 2012

Adam dan Hawa

Dikhabarkan bahawa Hawa dijadikan dari Adam 'alaihissalam saat Adam dalam keadaan tidur .

Persoalannya , MENGAPA ?

Dikatakan bahawa jike seorang lelaki itu kesakitan , maka die akan membenci . Tetapi sebaliknya bagi wanita  jike dia kesakitan , maka bertambah kasih dan sayanglah dia .

Seandainya Hawa dijadikan dari Adam 'alaihissalam saat Adam berjaga , pasti Adam merasa sakit saat keluar Hawa dari sulbinya , maka bencilah Adam akan Hawa . Akan tetapi Hawa dijadikan dari Adam saat Adam sedang tidur supaya Adam tidak merasa sakit .

Lumrahnya , seorang wanita yang melahirkan anak dalam keadaan berjaga walaupun dia tahu mungkin maut menanti , akan tetapi bertambah kasih dan sayangnya seorang ibu itu terhadap anaknya sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anaknya .

Pengajarannya =)


  • Allah mempunyai sebaik-baik perancangan dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya .
  • Allah mencipta setiap di dunia berpasangan .
  • Besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anak yang dilahirkan .
  • Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah dan berhikmah .


***********

No comments:

Post a Comment