Saturday, 11 August 2012

Permata Yang diCari

Hadirnya tanpa ku sedari ,
Menggamit kasih cinta bersemi , 
Hadir cinta insan pada ku ini , 
Anugerah kurniaan Ilahi .

Lembut tutur bicaranya ,
Menarik hati ku untuk mendekatinya ,
Kesopanannya memikat di hati ,
Mendamaikan jiwa ku yang resah ini .

Ya Allah ,
Jika dia benar untuk ku ,
Dekatkanlah hatinya dengan hati ku ,
Jika dia bukan milik ku ,
Damaikanlah hati ku ,
Dengan ketentuan-Mu .

Dialah permata yang dicari ,
Selama ini baru ku temui ,
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi ,
Apakah dia kan ku miliki ,
Tidak sekali dinodai nafsu ,
Akan ku batasi dengan syariat-Mu ,
Jika dirinya bukan untuk ku ,
Redha hati ku dengan ketentuan-Mu .

Ya Allah ,
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku ,
Ku harap diri ku sentiasa di bawah rahmat-Mu .


***********

Jangan nak jiwang sangat la an !!??
hahahahaha ~
Lagu ni terbaik la
Semuanya bergantung kepada Allah
Kita hanya mampu merancang . ^_^



Monday, 6 August 2012

Terbaik


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Bangkit pada luka kan pulih semula

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku , aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur 
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad dkita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak sonsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segerombolan tak takut bila seorang 
Kuat benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula 
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung kan tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi Kau umpama Hang Jebat 
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Dato' Maharajalela
Mana cucu Dato' Merah 
Keberaniaan Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Dato' Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa 
Bangkitlah nusantara

Jadi bangkit berkumpul dibawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa dibawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita 

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian 
bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian


**********
lagu terbaik ,
Bangkit-Dj fuzz ft. Altimet & Salam

Saturday, 4 August 2012

Adam dan Hawa

Dikhabarkan bahawa Hawa dijadikan dari Adam 'alaihissalam saat Adam dalam keadaan tidur .

Persoalannya , MENGAPA ?

Dikatakan bahawa jike seorang lelaki itu kesakitan , maka die akan membenci . Tetapi sebaliknya bagi wanita  jike dia kesakitan , maka bertambah kasih dan sayanglah dia .

Seandainya Hawa dijadikan dari Adam 'alaihissalam saat Adam berjaga , pasti Adam merasa sakit saat keluar Hawa dari sulbinya , maka bencilah Adam akan Hawa . Akan tetapi Hawa dijadikan dari Adam saat Adam sedang tidur supaya Adam tidak merasa sakit .

Lumrahnya , seorang wanita yang melahirkan anak dalam keadaan berjaga walaupun dia tahu mungkin maut menanti , akan tetapi bertambah kasih dan sayangnya seorang ibu itu terhadap anaknya sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anaknya .

Pengajarannya =)


  • Allah mempunyai sebaik-baik perancangan dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya .
  • Allah mencipta setiap di dunia berpasangan .
  • Besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anak yang dilahirkan .
  • Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah dan berhikmah .


***********

Thursday, 2 August 2012

munakahat

ISTERI : awak ? idola awak sape erk ?

SUAMI : betul awak nak tau ni ? awak tak marah ?

ISTERI : betuulll , saye tak marah pon .

SUAMI : idola saye sebenarnye , Salleh Yaakob .

ISTERI : haa ??!! ape kene mengene pulak ??!!

SUAMI : isyh awak ni !!loading betul la . awak pakai Ram bape GB ni ??!!

ISTERI : Ram ?! GB ?! ape awak ni ??!! cakap betul2 la . nanti saye merajuk , susah awak nak pujuk . tau ?!

SUAMI : ni lah die perempuan , pandai tapi , kurang bijak . tak boleh nak pusing2 sikit .

ISTERI : owh , yeke ?! eh3 , awak jangan nak tukar topik ea , awak belum jawab soalan saya lagi .

SUAMI : yela2 . Salleh Yaakob kn isteri die empat . jadi ...

ISTERI : jadi awak nak kawen empat la jugak ye .??!! amboi3 , nak kawen empat pulak die ni . awak jangan nak mengade2 ea .??!! sampai hati awak kan buat saye mcm ni ??!!

SUAMI : alalaaaa . merajuk pulak isteri saye ni . awak jangan merajuk la , saye belum buat lagi pun kan ?! eh , ok ape madu , sedap tau manis pulak tu .

ISTERI : itu madu lebah la awak . madu lebah memang lah manis,sedap . tapi bermadu saye tak nak . bukan manis tau , rase macam kulit ni disiat2 tau ?!


Islam membenarkan seseorang suami beristeri empat orang dengan syarat harus dapat berbuat adil terhadap isteri-isterinye . Permasalahan poligami sering kite dengar . Poligami adalah perkara yang paling tidak diinginkan bagi wanita yang bergelar isteri . Isu poligami pada asalnye tak timbul dalam perbincangan permasalahan Islam tetapi , ustaz ana beritahu , Mustafa Kamal Attartuk yang telah menimbulkan isu poligami ini untuk menunjukkan kekurangan Islam dalam bab munakahat . Ustaz ana beritahu lagi , ade hikmah poligami ni , nilah hikmahnye Allah menjadikan wanita lebih ramai daripada lelaki . Kite sebagai umat Islam , haruslah menjadi seperti sebuah botol air yang penuh dengan air didalamnye , apabile digoncang ia tidak berbunyi . 

Al-Kisah :-
ana pernah mendengar sebuah kisah tentang bekas musfti N.9 iaitu Sheikh Haji Mohd Said mempunyai empat orang isteri , isteri pertame pergi melamar isteri yg ke-2 , isteri pertame dan ke-2 pergi melamar isteri ke-3 , isteri pertama,ke-2 dan ke-3 pergi melamar isteri yang ke-4 untuk suaminye . Apabile waktu makan , isteri pertame menyuapkan anak isteri yg ke-3 dan isteri2 yg lain menyuapkan makanan tak mengire anak siape pun . Hebatnye suami dapat mendidik keluarganye sehingge sebegitu rupe .

*****************

ape pendapat korang tentang isu ini ???
kongsi ilmu
kalau ade salah dan silap ana mintak maaf dan antum boleh betulkan dengan tinggalkan komen

Wednesday, 1 August 2012

persoalannya , adakah anda ??


Kita selalu membicarakan ciri-ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?

Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.

Lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan perintah yang Allah tetapkan. Kita sudah sering mendengar lelaki soleh,namun bagaimanakah ciri-cirinya ?

PERSOALANNYA ?


ADAKAH ANDA LELAKI SOLEH YANG DICARI-CARI ? 


                                                                                   ****************