Tuesday, 7 May 2013

Jangan Jadi Mat Rempit

Setiap kuliah pagi jumaat baba , baba selalu ulang " sedangkan para nabi dan rasul pun ada musuh , tu nabi Yusuf tu , keluarga dia sendiri yang jadi musuh dia , jadi inikan para ulamak . ulamak pun ada musuh jugak .
العلماء ورثة الأنبياء " . memang seronok ngaji dengan baba . kalau dalam masa mengajar tu dia cerita pasal dia belajar dgn guru dia ( Syeikh Wan Ismail Fathani sepupu kpd Tok Kenali ) kt Masjidil Haram dulu , baba mesti senyum . kata budak2 pondok yang dah lama kt situ . kalau pagi tu baba belanja roti canai , maknanya malam tadi baba mesti mimpi guru dia . Baba ada cerita kt kami , masa dia nak balik malaysia lepas habis ngaji dulu , baba ada tanya guru dia " Pak da'il , di malaysia ada politik . jd saya kena sokong mana ? " " mana aku tau ,di mekah ni tak de politik , tapi kau sokong orang yang bawak Islam " . Sebelum balik tu baba cakap " Pak da'il bagilah nasihat kt saya ni " " Nak nasihat buat apa ? Kau dah 'alim dah . tp bila sampai malaysia , kau tolong bawak orang masuk syurga dan perbetulkan 'aqidah orang ". Kami pon dapat pesanan dari baba jugak masa mula2 masuk dulu , " JANGAN JADI MAT REMPIT "


sebelum balik ke rumah masing2 .

No comments:

Post a Comment